Tips SEO yang perlu anda tahu
August 20, 2008 by admin
Filed under SEO, Tips Blogging
Baiklah, seperti yang dijanjikan pada artikel search engine optimization SEO saya sebelum ini maka kali ini saya akan menulis mengenai On page optimization dan Off page optimization. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, skill atau pengetahuan SEO ini adalah penting kepada sebarang webmaster agar mereka mendapat trafik/pelawat yang banyak sekaligus meningkatkan populariti dan juga meningkatkan pendapatan perniagaan internet. Malah saya sendiri masih juga belajar dan sentiasa memperbaiki teknik yang digunakan.
On page optimization
Terdapat 5 perkara yang perlu diambil serius di sini. Iaitu:
1) Header Title
Header title ini bermaksud tajuk website yang anda gunakan. Pastikan anda menggunakan keyword anda pada tajuk ini. Jilakau anda menggunaka keyword “Jeans Levis”, maka contoh yang terbaik boleh anda gunakan ialah “Jeans Levis | Beli Online Jeans Levis | Jenis Jeans Levis”. Nampak tak di sini saya tidak menggunakan koma untuk memisahkan ketiga-tiga perkataan tersebut. Mengikut kajian, penulisan tajuk seperti ini adalah lebih baik untuk score SEO anda.
2) Heading
Heading di sini bermaksud sub tajuk yang anda gunakan pada tajuk artikel, kategori, tags dan seumpama dengannya. Kalau anda lihat melalui bahasa HTML, ianya ditulis pada <h1>,<h2> dan seterusnya. Juga adalah dicadangkan supaya anda gunakan keyword anda di sini sekiranya boleh. Seperti contoh tajuk artikel anda ialah “Kedai yang menjual seluar jeans levis dengan harga termurah”.
3) Keyword density
Bermaksud sejauh mana pentingnya penggunaan keyword anda pada artikel atau website anda. Untuk menambahkan kepekatan keyword anda ini, maka di bawah adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan terhadap keyword anda:
- Bold
- Italic
- Underline
- Color
Seperti contoh: “Jeans Levis” atau “Perniagaan Internet“. Lihat perkataan ini di boldkan dan di italickan.
AMARAN! - Pastikan anda tidak melakukan spam seperti contoh: kerap menggunakan keyword, kerap memberikan kepekatan kepada keyword anda tadi dan membuat hidden text untuk keyword anda. Jika anda melakukannya juga, bukan score SEO yang anda dapat malah website anda akan dipenalized atau lebih teruk lagi dibanned oleh Google.
4) Tajuk gambar
Yang ini ramai webmaster terlepas pandang. Ramai yang tidak mengoptimizekan keyword mereka pada gambar yang terdapat dalam website mereka. Anda perlukan menggunakan keyword anda di sini pada title atau “image alt” yang digunakan. Sebagai contoh: “gambar seluar jeans levis biru”.
5) Footer
Ini yang terakhir. Anda boleh gunakan keyword anda di sini. Nak tengok contoh paling dekat? Tengok footer website yang anda baca ini yang berada pada garisan bawah sekali. Nampak kan? Saya menggunakan keyword saya disitu.
Off page optimization
Bahagian ini kalau diperincikan boleh dijadikan satu ebook yang saya boleh jual =P. hehe… Tak mengapa saya jelaskan yang penting dan perlu diketahui.
Terdapat 4 perkara terpenting di sini. Iaitu:
1) Reciprocal Link
Ini merujuk kepada hubungan yang wujud diantara satu website dengan website yang lain. Seperti contoh: Website A mempunyai link ke website B dan begitu juga sebaliknya. Semakin banyak reciprocal link, maka semakin baik score SEO anda.
Walaubagaimanapun, Google sekarang ini lebih suka dan memberikan point yang lebih kepada 1 way link sahaja. Iaitu seperti website B akan lebih mendapat score SEO kerana website A mempunyai link ke website B tetapi website B tidak mempunyai link ke website A.
2) Page Rank
Page rank ini bermula daripada 0 hingga 10. Semakin tinggi PR anda, maka semakin baiklah score anda tadi. Untuk mendapatkan PR yang tinggi, anda perlu mempunyai link yang banyak ke website anda.
3) Inbound dan Outbound links
Ini sama seperti contoh yang saya berikan dalam point reciprocal link. Inbound link adalah seperti website B yang mendapat link daripada website A. Dan website A mempunyai outbound link kerana merujuk kepada website B. Inbound dan outbound links ini menentukan popularity link sesuatu website. Kalau dilihat di sini, website B telah mempunyai 1 popularity link. Semakin tinggi popularity link anda, maka semakin baik juga score SEO anda.
4) Anchor text
Ini merujuk kepada keyword anda yang digunakan sebagai link ke website anda. Seperti contoh: “Make Money Blogging” yang merujuk kepada website bahasa English saya. Anda boleh menyebarkan anchor text ini dengan berforum, email signature, commenting dan sebagainya.
Pendapat dan kesimpulan
Seperti yang saya katakan tadi, pengetahuan SEO ini adalah penting untuk dipelajari. Jadi marilah kita bersama-sama meningkat score SEO kita supaya boleh berada pada top ranking pertama dalam search engine.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
MARILAH kita vote artikel ini ya:
Ebook Percuma - Real World SEO
August 20, 2008 by admin
Filed under Ebook, SEO, Tips Blogging
Bertemu kembali. Hari ini saya ingin berkongsi sebuah lagi ebook percuma mengenai Search Engine Optimization (SEO). Ianya adalah ditulis hasil daripada wawancara penerbit bersama pakar SEO dan ditulis dalam bahasa English. Saya rasa ramai yang dah tahu apakah SEO ini bukan? Baiklah bagi mereka yang masih tidak tahu apakah SEO ini, bacalah penerangan ringkas selanjutnya di bawah.
Pengertian SEO
SEO ini adalah merujuk kepada teknik ‘optimization’ bagaimana untuk sesebuah website di senaraikan ditempat yang tertinggi di dalam sesebuah enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN, Ask dan sebagainya. SEO ini adalah amat penting terutama kepada mereka yang mencari pendapatan melalui perniagaan internet. Secara logiknya, apabila website anda berada pada ranking pertama dalam carian enjin, website anda tadi akan mendapat trafik atau pelawat yang banyak. Bukan seminggu, dua minggu tetapi hari-hari
Teknik yang digunakan
Hanya 2 teknik besar yang terlibat iaitu On page optimization dan Off page optimization.
1) On page optimization
Adalah teknik yang digunakan untuk memaksimumkan penggunaan keyword website anda. Keyword ini seperti contoh “jean levis” perlu ada pada title page, content dan footer. Densiti keyword yang digunakan adalah penting. Tetapi ini tidak bermaksud anda boleh spam keyword ini. Gunakan apabila dirasakan sesuai kerana anda mahu menulis artikel yang boleh dibaca oleh pelawat kita. Bukannya asyik terjumpa perkataan keyword tersebut.
2) Off page optimization
Off page optimization adalah yang terpenting dalam menaikkan ranking anda setinggi-tingginya. Malah ianya adalah lebih penting daripada On page optimization. Off page optimization in mementingkan jumlah dan kualiti backlink ke website anda, Page Rank, Inbound and Outbound Link, anchor text dan sebagainya. Kalau saya nak terangkan akan jadi panjang artikel ini.
***P.S Saya akan terangkan secara terperinci mengenai kedua-dua optimization di atas pada post saya yang akan datang. Jangan risau kalau anda tak begitu faham dengan bahasa English yang terdapat dalam ebook ini

Downloadnya di bawah:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
MARILAH kita vote artikel ini ya:
(Thumbs UP) Insider Guide - To Write Killer Article
August 18, 2008 by admin
Filed under Ebook, Tips Blogging
Apa khabar semua? Ada ker yang balik kampung bercuti? Maklumlah cuti sekolah kan. Saya baru jer balik semalam dan dah sampai pun kat rumah.
Baiklah, kali ini saya akan berkongsikan kepada anda sebuah ebook percuma yang berkualiti. Ebook ini saya dapat daripada seorang kawan saya. Tapi dia orang mat saleh la =P Saya jamin ianya memang bagus dan menarik dibaca dan anda akan memperolehi pengetahuan daripadanya.
Ebook ini tentang apa?
Buku ini seperti yang tajuk di atas (tanpa “thumbs up”) menceritakan bagaimana untuk menulis dan menghasilkan artikel yang berkualiti. Ianya hanya mempunyai 20 mukasurat sahaja dan straight to the point tanpa ayat-ayat bunga yang melalut. Tapi anda perlu ketahui ianya bukan menceritakan bagaimana untuk anda buat duit daripada perniagaan internet. Tetapi memberikan anda tips bagaimana untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dan dapat menarik perhatian pembaca anda.
Skill ini adalah teramat penting untuk dipelajari dan dikuasai kerana ianya adalah kunci kejayaan kepada sesebuah blog, website mahupun yang menjalankan article marketing. Maka sesiapa yang bercadang untuk membuat blog atau article marketing tu, saya cadangkan anda download dan baca ebook ini terlebih dahulu.
Berikut adalah sedikit isi kandungan yang terdapat dalam ebook ini:
- Finding a hot topics
- Basic Article Template
- Tips on creating a killer titles
- The Opening
- Body Article
… dan ada lagi. Anda boleh download dan baca ebook percuma tersebut.
***P.S InsyaAllah, saya akan menulis artikel mengenai bagaimana untuk anda buat duit daripada article marketing nanti. Tunggu yer.. ![]()
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
MARILAH kita vote artikel ini ya:
Sumber Perniagaan Internet untuk anda buat duit!
August 15, 2008 by admin
Filed under Buat Duit, Tips Perniagaan
Susulan daripada blogpost saya sebelum ini, saya telah mendapat 1 komen daripada pembaca yang terus masuk ke email saya bertanyakan apakah sumber-sumber perniagaan internet yang terdapat pada masa sekarang. Dan bertanyakan sekiranya saya boleh berkongsi dengan pembaca yang lain.
Sebenarnya memang banyak peluang buat duit sekarang ini tetapi saya akan berikan sumber utama apakah yang biasa dilakukan oleh webmaster lain. Ada juga yang teknik rahsia atau teknik blackhat tetapi yang ini akan saya kongsikan dari masa ke semasa. So keep up to date lah yer.. ![]()
1) Pay Per Click (PPC) / Program Pengiklanan
Program PPC adalah program di mana anda akan mendapat bayaran daripada jumlah bilangan klik iklan yang pelawat anda akan klik di halaman website anda. Contoh paling dekat ialah anda mengiklankan Google Adsense di dalam website anda. Contoh iklan klik berbayar yang lain adalah Yahoo Publisher, Bidvertiser, Clicksor dan bermacam lagi. Tetapi ramai menggunakan Google Adsense sebagai iklan PPC yang utama dalam website mereka. Tips untuk anda buat duit lumayan melalui iklan PPC ini ialah:
- Website yang Niche atau spesifik seperti yang saya terangkan sebelum ini.
- Website yang menggunakan topik niche yang mahal seperti mesothelioma.
- Website yang mempunyai densiti keyword yang bagus atau padat.
- Iklan Adsense yang diletakkan pada tempat yang sesuai seperti di atas post artikel pertama dan di sebelah atas sidebar website.
2) Program Affiliate
Program ini adalah yang paling popular diantara semua model perniagaan. Ramai yang telah menjadi kaya-raya dengan program affiliate ini.
Program affiliate ini adalah bermaksud anda mempromosikan produk advertiser ataupun kata lain produk pecipta asal. Tugas anda di sini adalah anda perlu mempromosikan produk berkenaan dan seterusnya mengajak pelawat anda untuk membeli sesuatu produk tersebut. Anda akan dibayar mengikut komisyen yang ditetapkan oleh advertiser setelah belian berjaya dilakukan oleh pelawat anda. Antara yang popular untuk affiliate ini adalah Clickbank, Commission Junction, PayDotCom dan sebagainya.
3) Penjualan Produk Fizikal atau Digital
Produk fizikal di sini bermaksud produk yang boleh dipegang seperti “kek kahwin”. Anda mengiklan produk ini secara online dan menerima tempahan melalui internet juga. Kemudian anda membuat penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Sekiranya anda ingin menggunakan model perniagaan ini, saya cadangkan anda menggunakan servis iklan terkenal seperti ebay, lelong, amazon dan sebagainya.
Produk digital pula adalah sebaliknya. Iaitu boleh juga dipanggil sebagai produk maya. Ianya adalah produk yang boleh dibaca seperti ebook atau jenis yang boleh digunakan seperti software penterjemahan dan sebagainya. Pada masa sekarang ini, produk ebook adalah popular dan ramai webmaster telah berjaya menjanakan pendapatan perniagaan internet mereka hanya dengan menjual ebook.
4) Servis atau Perkhidmatan
Sekiranya anda mahir dalam sesuatu perkara, anda boleh menjual kemahiran tersebut kepada orang lain yang memerlukannya. COntohnya, sekiranya anda mahir dalam membuat design website, anda bolehlah menjual website-website ciptaan anda sendiri dan juga mengambil tempahan pelawat untuk membuat design mereka. Penjualan Servis dan Perkhidmatan ini adalah yang paling mahal sekali bayarannya kerana ianya memerlukan kemahiran dan masa anda. Letakkan harga yang berpatutan dan pastikan produk yang anda hasilkan berkualiti. Dengan ini pasti ramai yang akan menggunakan khidmat anda kelak. Sekiranya anda ingin tahu, upah untuk menghasilkan website wordpress yang berkualiti ini sekarang mencecah RM400 hanya dalam pasaran tempatan. Bayangkan kalau anda dapat 10 pelanggan. RM4000 tu….
5) Menjual Slot Iklan di Website anda
Konsep ini adalah dimana anda menawarkan kepada webmaster atau syarikat lain untuk mengiklankan produk atau servis mereka di dalam website anda. Iklan ini akan diletakkan pada halaman utama website anda supaya pembaca anda boleh melihatnya dengan jelas. Namun teknik ini hanya sesuai sekiranya website anda telah lama dan popular serta mempunyai ramai pelawat dalam sehari.
6) Multi Level Marketing (MLM)
Program ini juga boleh mandatangkan pendapatan tambahan kepada anda. Sebelum menceburikan diri dalam bidang perniagaan internet ini, pastikan anda telah membuat kajian terhadap marketing plan dan sebagainya.
7) Forex
Forex adalah berisiko tinggi namun anda boleh menjadi KAYA jika betul dengan caranya. Anda juga perlu bagus dalam membuat fundamental analisis kerana sekiranya anda silap, anda boleh mengalami kerugian hanya dalam masa sehari. Saya cadang dapatkan broker forex yang sesuai dalam membantu anda mempelajari dan membuat duit dari kaedah ini. Sekiranya anda berminat untuk mempelajarinya, maka saya cadangkan ebook ini: Kuasa Forex.Kuasa Menjana Kekayaan Terpantas di Dunia untuk anda baca sebelum menceburkan diri dalam perniagaan internet ini.
8 ) Submit Artikel
Anda hanya perlu menulis artikel yang berkualiti dan submit artikel anda tadi ke Pay Per Post, ReviewMe, Sponsored Reviews dan sebagainya. Anda perlu mendaftarkan blog anda terlebih dahulu dan seterusnya anda boleh memilih topik yang mana untuk anda buatkan artikel berkenaan.
9) Cost Per Action (CPA) atau Paid Per Action (PPA)
Program ini adalah seperti program affiliate tetapi bezanya di sini adalah anda tidak perlu menjual produk advertiser untuk mendapatkan komisyen. Terdapat program affiliate yang akan membayar anda hanya dengan mendaftar, subscribe, download atau sebagainya. Jadi di sini tugas anda menjadi lebih mudah kerana pelawat anda tidak perlu membayar dan anda hanya perlukan trafik yang banyak supaya proses daftar, subscribe, download akan terjadi dengan lebih kerap lagi.
Antara produk yang popular adalah seperti laman web dating, adult site, ringtones dan sebagainya. Ada diantaranya yang akan membayar sehingga USD30 hanya untuk satu subscribe. Lumayan kan?
Tips, adult site dan live webcam adalah antara yang termahal dan yang paling lumayan bayarannya. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Saya sekadar berkongsi. Mudah-mudahan kita semua berjaya dalam bidang perniagaan internet kita ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
MARILAH kita vote artikel ini ya:
Rahsia Buat Duit dengan program CPA
Adakah anda tahu bahawa anda boleh menjanakan pendapatan perniagaan internet dengan program CPA? Saya rasa ramai tahu tetapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana untuk memasarkan atau mempromosikan program CPA ini sehingga berjaya membuat duit. Saya secara peribadi juga aktif mempromosikan program CPA ini dan berjaya buat duit darinya. Bahkan banyak juga masa saya dihabiskan dengan menumpukan perhatian kepada program CPA ini.
Pengertian program CPA
CPA atau nama penuhnya Cost Per Action juga dikenali dengan nama PPA, Paid Per Action. Advertiser akan membayar komisyen kepada anda sekiranya anda berjaya mengajak pelawat anda untuk subscribe sesuatu program, produk atau sebagainya dengan mengisi borang yang tertentu (dipanggil lead) atau dengan membuat sesuatu pembayaran ke atas barangan mereka.
Sumber program CPA
Anda boleh dapati program ini daripada banyak sumber internet. Namun, saya cadangkan anda menggunakan advertiser seperti yang saya senaraikan di bawah kerana mereka ini boleh dipercayai dari segi pembayaran dan bayarannya juga agak tinggi.
“Commission Junction provides publishers the opportunity to earn more
revenue from their audience on a pay-for-performance basis. Publishers
can partner with hundreds of advertisers and access millions of ads from a
single Web-based interface. As one of the largest ad networks in the
world, Commission Junction acts as the trusted third party that tracks and
reports on every ad in the marketplace, sends a monthly payment to
publishers, and provides a suite of online tools to help publishers optimize
their performance.”
“Affiliates with MaxBounty earn revenue from advertising sponsors on a
pay-for-performance basis. We have both in-house managed campaigns
for you to advertise, and merchants wanting direct relationships with you.
Join the MaxBounty.com Affiliate Network and earn the highest CPAs in
the market. Our specialty is maximizing payouts to our affiliates.”
“Our CPA (Cost per Acquisition) marketing model ensures we bring our advertisers only the most qualified prospects with a guaranteed ROI (Return on Investment). That is the beauty of the CPA system, there is almost No Risk. Our high volume online publishers are dedicated to bringing only the most interested customers to your sales teams.”
“Market Leverage is a powerful online customer generation platform with
massive reach. We deliver tens of millions of targeted consumers to our
Advertising partners using an extensive and proprietary base of Internet
Publishers. Advertisers using Market Leverage pay only for confirmed leads
and sales – there is no risk of spending money without results.”
***Untuk yang adult site ada banyak. Tapi yang ini convert very well :AsianFriendFinder. Selain itu anda boleh melawat mtree, AdultFriendFinder dan EasyDate. Network ini akan membayar pada harga yang agak tinggi sehingga USD30 for every live cam subscription.
Tips memilih Lead yang bagus
Untuk membuat duit yang lumayan dengan program ini, anda perlu memilih kempen lead yang betul dan tepat. Berikut di bawah adalah 3 tips terpenting dalam membuat pemilihan lead:
- Cari lead yang membayar dalam sekitar $3-$10. Lebih banyak lebih bagus la kan..
- Percuma kepada pelawat anda untuk daftar
- Tidak memerlukan Credit Card walaupun tiada caj dikenakan kepada pelawat anda
Bagaimana nak cari pelawat
Step ini adalah penting kerana kebanyakan lead yang anda pilih memerlukan targetted trafik yang tertentu. Seperti contoh lead yang berjaya dan diterima oleh advertiser adalah mesti datang dari UK atau USA contohnya. Maka anda perlu pastikan pelawat anda datang dari kelompok negara ini. Anda tidak akan mendapat apa-apa bayaran sekiranya lead yang dibuat adalah datang dari negara lain.
So bagaimana nak promote ni? Lecehlah macam ni..Jangan risau ada caranya. Berikut di bawah adalah 3 sumber utama untuk anda dapatkan targetted trafik:
- Menggunakan Adbrite, Adbux, Buyrefs dan sebagainya. Anda boleh milih targetted trafik anda termasuk berapa banyak pelawat yang anda inginkan.
- Membuat viral video youtube. Pastikan anda mendaftar dan targetkan video anda kepada region atau negara yang anda inginkan sebelum membuat publishing.
- Menerusi servis submission lead. Boleh dicari menerusi Google. Ada banyak website yang menyediakan servis ini. Mereka ini akan mendaftar program yang anda promosikan dan sudah tentulah anda akan dikenakan bayaran untuknya. carilah yang sesuai dan make sure kos anda tidak melabihi keuntungan yang bakal anda perolehi nanti.
Kesimpulan
Anda memang boleh buat duit melalui model perniagaan internet ini sekiranya anda mempunyai maklumat yang betul dan dengan kaedah yang tepat. Saya dah kongsikan maklumat tersebut dan mudah-mudahan anda berjaya membuat duit dari program CPA ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
MARILAH kita vote artikel ini ya:




(2 votes, average: 4.5 out of 5)


